Tiga barang baru dalam senarai harga kawalan musim perayaan
3:50 AM // 0 comments // Admin // Category: barang kawalan //PUTRAJAYA: Kerajaan menambah tiga barangan baru dalam Skim Kawal Harga Musim Perayaan (SKHMP) dari 13 September hingga 27 September sempena hari raya puasa, tahun ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bahawa tahun ini ubi kentang import (Indonesia dan China), kacang tanah import dan juga bawang putih import (China) dimasukkan ke dalam senarai SKHMP.
Barangan yang dikawal harga pada tahun ini termasuk ayam hidup; ayam standard (disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal), ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal); daging lembu tempatan, daging kerbau import (India)
Yang lain termasuk telur ayam gred A, B dan C; kubis bulat import (Indonesia dan China, tidak termasuk kubis Beijing); cili merah; tomato; kelapa biji (kawalan borong), kelapa parut (kawalan runcit); ubi kentang import (Indonesia dan China); kacang tanah import; bawang merah kecil (India); bawang putih (China); dan ikan kembung (8 hingga 11 ikan sekilogram).
Berikut ialah harga runcit siling barang kawalan mengikut negeri berkuatkuasa 13 September:
1. Ayam Hidup
Semenanjung: RM 5.85 (kecuali Langkawi - RM 6.10)
Sarawak: RM 6.60 hingga RM 8.70
Sabah: RM 6.50 hingga RM 6.90
Labuan: RM 6.30
2. Ayam Standard
Semenanjung: RM 6.90 (kecuali Langkawi - RM 7.20)
Sarawak: RM 8.00 hingga RM 10.00
Sabah: RM 9.50 hingga RM 10.00
Labuan: RM 9.30
3. Ayam Super
Semenanjung: RM 7.70 (kecuali Langkawi - RM 8.05)
Sarawak: RM 8.80 hingga RM 11.50
Sabah: RM 9.70 hingga RM 10.20
Labuan: RM 9.50
4. Daging Lembu Tempatan
Semenanjung: RM 16.00 hingga RM 20.00 sekilo
Sarawak: RM 23 hingga RM 30 sekilo
Sabah: RM 16.00 hingga RM 20.00 sekilo
Labuan: RM 20.00
5. Daging Kerbau Import (India)
Semenanjung: RM 11.50
Sarawak: Barangan dilarang import Kerajaan negeri
Sabah: RM 11.50 hingga RM 12.50
Labuan: RM 14.00
6. Telur Ayam Gred A
Semenanjung: RM 0.34
Sarawak: RM 0.34 hingga RM 0.36
Sabah: RM 0.34 hingga RM 0.35
Labuan: RM 0.36
7. Telur Ayam Gred B
Semenanjung: RM 0.33
Sarawak: RM 0.33 hingga RM 0.35
Sabah: RM 0.32 hingga RM 0.33
Labuan: RM 0.35
8. Telur Ayam Gred C
Semenanjung: RM 0.32
Sarawak: RM 0.32 hingga RM 0.34
Sabah: RM 0.31 hingga RM 0.33
Labuan: RM 0.34
9. Kubis bulat import (China)
Semenanjung: RM 3.00 sekilo
Sarawak: RM 3.00 hingga RM 4.50 sekilo
Sabah: RM 3.00
Labuan: RM 3.00
10. Cili Merah
Semenanjung: RM 9.00
Sarawak: RM 10.00
Sabah: RM 8.00
Labuan: RM 8.00
11. Tomato
Semenanjung: RM 3.00
Sarawak: RM 5.50
Sabah: RM 4.00
Labuan: RM 4.00
12. Kelapa parut
Semenanjung: RM 4.00 sekilo
Sarawak: RM 2.50 sekilo
Sabah: RM 3.50 sekilo
Labuan: RM 4.50 sekilo
13. Ubi kentang import (China dan Indonesia)
Semenanjung: RM 2.20 sekilo
Sarawak: RM 3.00 sekilo
Sabah: RM 3.00 sekilo
Labuan: RM 3.00 sekilo
14. Kacang tanah import
Semenanjung: RM 5.50 sekilo
Sarawak: RM 5.00 hingga RM 5.50 sekilo
Sabah: RM 5.00
Labuan: RM 5.50
15. Bawang merah kecil import (India)
Semenanjung: RM 4.50 sekilo
Sarawak: RM 5.00 hingga RM 6.00 sekilo
Sabah: RM 6.00
Labuan: RM 6.00
16. Bawang putih import (China)
Semenanjung: RM 5.00
Sarawak: RM 5.00
Sabah: RM 5.00
Labuan: RM 5.00
17. Ikan kembung
Semenanjung: RM 9.00 hingga RM 11.00 sekilo
Sarawak: RM 8.00 hingga RM 9.00 sekilo
Sabah: RM 5.00 hingga RM 7.00 sekilo
Labuan: RM 8.00 - Bernama
-bharian-
