Ancaman Projek Etika Global Pulau Pinang
11:37 AM // 0 comments // Admin // Category: penang //PULAU PINANG: Fahaman kumpulan ini ialah manusia tidak perlu lagi berpegang kepada agama, sebaliknya kepada nilai etika semata-mata (tiada survival tanpa etika) dan meletakkan semua agama sama taraf malah lebih tinggi daripada Islam.
Konsepnya ialah mengambil nilai-nilai murni yang terdapat dalam sembilan agama iaitu Hindu, Buddha, Yahudi, Kristian, Islam, Sikh dan kepercayaan Bahai dan disamaratakan.
Matlamatnya pula menerapkan semua nilai itu bagi memandu kehidupan manusia di dunia (global), iaitu dengan meletakkan bahawa survival dunia bergantung sepenuhnya kepada satu – Etika Global ini sahaja.
Cetusan idea oleh ahli falsafah dan teologi Katolik Prof. Hans Kung ini mula diperkenalkan pada tahun 1989.
Bagi mengembangkan idea ini, beliau telah menubuhkan Yayasan Etika Global, yang kemudiannya diterima oleh Parlimen Agama-agama Dunia pada 4 September 1993.
Di Malaysia, usaha untuk mengembangkan fahaman ini telah dimulakan pada 2004 dengan sokongan Konrad Adenauer Foundation dan Malaysia Interfaith Network beribu pejabat di Suite 18-1, Tingkat 18, Menara Genesis, Kuala Lumpur.
Kini, fahaman itu mulai bertapak di Pulau Mutiara.
Projek Etika Global Pulau Pinang (PEGPP) ini telah dirasmikan oleh Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang, T.Y.T Tun Dato? Seri Haji Abdul Rahman Abbas di USM-ABN-UMRO Pusat Seni dan Kraf, Lebuh Pantai pada 7 Februari lalu, yang turut dihadiri pemimpin-pemimpin negeri.
PEGPP direka khusus bertujuan menanamkan falsafah ini kepada masyarakat melalui pelbagai strategi yang amat halus dan berkesan, iaitu:
1. Berselindung di bawah prinsip agama melalui pameran dan kursus bercorak keagamaan.
2. Mengggunakan etika yang boleh diterima umum.
3. Melibatkan jabatan kerajaan serta pemimpin tertinggi negeri.
4. Menyebarkan dakyah bahawa manusia tidak perlu berpegang kepada agama.
Antara pendekatannya ialah mengedarkan risalah kepada pelajar sekolah, syarahan, forum, dialog, kembara dengan penglibatan jabatan-jabatan kerajaan negeri, Universiti Sains Malaysia (USM), Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan lain-lain.
PEGPP berjaya mendapat pengiktirafan kerajaan negeri apabila mengisytiharkan ?World Religious Walks? di Jalan Masjid Kapitan Keling, sebagai ?The Street of Harmony?.
Kawasan berkenaan menempatkan Masjid Kapitan Keling dan rumah ibadat berbilang agama lain, yang difokuskan sebagai sebagai kawasan harmoni kerana mengamalkan Etika Global.
Bantahan Majlis Agama Islam Pulau Pinang
Menyedari ancaman daripada PEGPP, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bertindak mengadakan mesyuarat tergempar pada 4 Mac lepas, yang melibatkan wakil jabatan dan organisasi daripada Timbalan Ketua Menteri, Mufti, Ketua Hakim Syarie, Timbalan Ketua Polis Negeri, Persatuan Qaryah Masjid, ABIM Pulau Pinang, Jabatan Pelajaran, Biro Tatanegara dan Jabatan Agama Islam.
Ekoran itu kertas laporan yang dinamakan ?Ancaman Etika Global Pulau Pinang? dikeluarkan.
Laporan itu menyebut, PEGPP bertujuan memesongkan akidah umat Islam supaya tidak lagi berpegang kepada agama, tetapi hanya bergantung kepada nilai etika.
Konsep PEGPP menyamatarafkan semua agama, dan meletakkan Islam di bawah Etika Global hampir menyamai kumpulan yang giat berusaha memansuhkan Artikel 121 dalam Perlembagaan Persekutuan.
Justeru, beberapa tindakan proaktif telah diambil MAINPP bagi mengekang fahaman ini daripada merebak, termasuk makluman melalui khutbah dan menyekat fahaman ini tidak merebak di institusi pendidikan.
Seorang guru agama di sebuah sekolah menengah berpendapat sepatutnya kerajaan membatalkan sahaja penubuhan PEGPP, tanpa perlu mengerah tenaga pendidik menentang kumpulan ini.
?Mereka yang menabur najis, mengapa kami diarah cuci,? katanya yang enggan namanya disiarkan.