Petrol Naik Lagi
12:48 PMKenaikan paling tinggi
Semua letak tangan di dahi
Kecuali ahli keluarga Badawi
Dah tau naik petrol awai-awai lagi
Mereka beli berjuta-juta saham TNB
Kalau TNB naik seringgit pun jadi
Buat duit dalam masa tiga hari
Petrol naik tak terasa pak menteri
Sebab mereka naik kereta kerajaan bagi
Boleh lalu lebuhraya bertol berkali-kali
Begitu juga dengan mereka punya isteri
Ada driver mai ambik setiap hari
Siap dengan bodyguard ke mana pergi
Mereka tak pernah rasa cengkaman inflasi
Dan mereka akan shopping di luar negeri
Tak main la kalau ke Kamdar atau Pasar Seni
Bawa beg besar-besar jenama LV atau Gucci
Naik flight first class bukan kelas ekonomi
Menteri kata tak boleh elak lagi
Kerajaan terpaksa menanggung rugi
Sebab tak tahan nak bagi subsidi
Suruh rakyat berjimat bawa kereta 600cc
Gila punya cadangan wahai pak menteri
Hang lah patut berjimat awal-awal lagi
Cuba hang bawa kereta hang sendiri
Hang cuba ikut Umar atau cara nabi
Kurangkan program majlis rasmi
Majlis makan malam makan roti cicah kari
Sedap jugak sehingga menjilat jari
Tak payah udang besar atau mutton beriyani
Kurangkan impot artis luar negeri
Tak yah panggil Al Jarraeu atau Mariah Kari
Kurangkan jalan-jalan luar negeri
Ikut Guan Eng naik flight kelas ekonomi
Kediaman rasmi guna perabut buatan sendiri
Tak payah impot tiles dan perabut dari Itali
You all buat dulu baru bagi tau rakyat
Jangan suruh rakyat berjimat cermat
Tapi hangpa perangai macam taukua sumbat
Pandai cakap tapi tak pernah buat
Perut mereka di kampung telah lama diikat
Makan ala-kadar paling mewah air sarbat
Janganlah buat perangai munafiq dan jahat
Allah di atas sentiasa monitor dan melihat
Balak: abang kan jadi Ultramannya
Awek:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah
Balak:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya
Awek: gitu... kalau saya jadi bunga
Balak: Abang jadi tukang kebunnya
Awek: Kenapa bukan kumbang
Balak: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari
Awek: Wah! hebatnya abg nie.... begitu pandai berkata-kata
Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar... tiba2 si Awek tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah....bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!
Awek: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)
Balak: Cilako! punyo tunggul kayu... .buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu(rupa2nya si Balak tu orang N9)... sayang takde apa2 ke?
Awek: Takde sikit je bang... cuma luka sikit jer dahi nie
Balak:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.
Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan
selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga... 2 tahun
kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak
mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,
Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?
Suami: Masakan abg boleh lupa
Isteri: Kalau saya jadi bintang
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Kenapa bukan Ultraman....
Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... apa lah awak nie.
Isteri: Kalau saya jadi bunga
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Apa abg nie... cakaplah betul2
Suami: Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu... .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu... .yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo
Isteri: Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi...
Suami: Takdo nak romantik kosmetik do... .
Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut... .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah...
Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!
Suami: Apo kono eh awak nie... .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!
rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…
Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada
lelaki yang pertama, "Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak
kembar dua.""Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara
berkembar Petronas," kata lelaki yang pertama dengan riangnya.
Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu
kepada lelaki kedua, "Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga.
Tahniah!""Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata
lelaki yang kedua.
Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki
ketiga, "Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar
empat" kata jururawat itu dengan tenang."Kembar empat! Sungguh saya
tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,"
kata lelaki ketiga dengan gembira.
Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki
tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,
"Apakah yang merunsingkan awak?"
Dengan perasaan gelisah dia menjawab "Saya bekerja di Seven Eleven."
Kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang lelaki tua.. seorang wanita tua.. dan dua orang anak kecil.. luka parah tak berdaya. Hanya seekor monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga.. masih sihat tanpa sedikit lukapun
Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu… lalu dia memutuskan untuk menyoal saja pada si monyet untuk memperoleh keterangan mengenai kejadian tersebut..
Polis : “Monyet.. apa yang terjadi sebenarnya?” Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali.
Polis : “Oh…kereta terbalik beberapa kali… jadi apa yang dilakukan oleh lelaki tua itu?” Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan minum arak..
Polis : “Oh…lelaki itu sedang mabuk masa memandu. Dan bagaimana pulak wanita tua itu? Anak-anak juga buat apa?”
Si monyet menirukan posisi orang tidur.. kemudian bergerak-gerak spt orang sedang bertengkar. “Oh…okey.. saya dah faham.. wanita tua itu tido dan anak2nya bertengkar dalam kereta.. dan kamu sendiri pula buat apa monyet?” Dan… si monyet kemudian menirukan gaya memandu…
Pegawai : “Nama?”
Pelancong : “Pak Yu.”(sebutan dalam loghat Taiwan)
Pegawai Imegresen merasa amat marah dan menjerit, “FUCK YOU!, jangan main-main dengan saya. Sekarang sebutkan nama penuh kamu!”
Pelancong: “Pak Yu Tu.”
PANGLIMA: Simpan anak kunci ini! Jika aku tak kembali, kau bukakanlah cawat besi isteri ku. Aku izinkan dia berkahwin dengan sesiapa yg disukainya.
RAKAN : Baiklah sahabat ku.
Menjelang petang, ketika panglima bersama tenteranya berehat di sebuah lembah, kelihatan dikejauhan seorang lelaki menunggang kuda cukup pantas menuju ke arah kumpulan tentera itu. Setelah hampir, barulah panglima mengenalinya - dia ialah rakan yg cukup dipercayainya itu.
RAKAN : Maaf...panglima bagi kunci yg salah!!
lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Baginda
mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda
ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai
giler..... suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh
panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi ...itu
pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya
dengar arahan raja ni sorang je. Kerana berasa sangat ego, raja ini
telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang
dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar
seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya. Apabila hari pertandingan
bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang
boleh membuatkan kude tu duduk.
Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat
demikian...makin egolah raja sorang ni. Tiba-tiba muncul seorang
budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu
terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak
tersebut seraya bertanya,
"Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?"
Maka dengan selambanya budak tu berkata,
"Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la
agaknya kot...) Lalu blah sambil mengira-ngira wang yg
dimenanginya. Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi
pertandingan. Bukannye apa... nak cover malu.
"Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda
beta menggelengkan kepalanya" katanya dalam hati sambil ketawa.
Maka sampailah hari pertandingan tu...ramailah rakyat keluar nak
melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala. Seperti
hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada
siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan
kepalanya... raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba.
Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak
cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata,
"Cubalah kalau boleh".
Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya.
Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka
bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.
Raja berasa pelik lalu bertanya!
"Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun
gelengkan kepalanya?"
Dengan selambanya budak tu jawab,
"Nak kena jentik lagi...??"
Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal
membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak
henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah
selesai persembahan.
Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya
mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya.
Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain
kehairanan.
Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya
kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.
" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya seorang gadis
kepada wanita itu.
"Sungguh kelakar,"jawab wanita itu singkat.
"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya
gadis itu lagi.
"Tidak..", jawab wanita itu.
"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa",
gadis itu masih tak berpuashati
"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di
khalayak ramai? " getusnya.
Seorang nenek memukul bontot cucunya yang telah melakukan perbuatan
yang tak sepatutnya...
Tiba-tiba ayah budak tersebut telah ternampak.... nak berdiam diri
kesian pulak pada anaknya.. nak masuk campur.. tak berani...
Lalu setiap kali nenek itu mengayun rotan memukul bontot cucu, si
ayah juga bertindak menampar muka sendiri.
Melihat tindakan si ayah yang agak pelik, si nenek segera berhenti
memukul cucunya dan bertanya dengan penuh kehairanan pada si ayah.
"Kenapa engkau menampar muka sendiri?"
Jawab si ayah
"Anakku dipukul orang ... dan untuk membalas perbuatannya itu, aku
telah memukul anak orang itu."